Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
RRP dekati pelajar Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri

‚Äč(BERITA01)PHOTO-2020-03-10-17-09-33 (1).jpg

Berita dan Foto : Marlinawaty Hussin
 
JANGSAK, Selasa, 10 Mac. - Seramai 26 pelajar Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri (NLP), Jangsak Tahun 9 dan 10 menghadiri Program Rakan Remaja Penerangan (RRP) anjuran Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan di Dewan Puteri, sekolah berkenaan.
 
Program tersebut merupakan persembahan khusus bagi peringkat remaja terutama pelajar sekolah dalam menyebarluaskan maklumat dan kegiatan semasa.
 
Ia antara lain bertujuan untuk mendekati para remaja di sekolah-sekolah supaya peka dengan perkembangan dan hal ehwal sekeliling mereka, di samping menanamkan semangat kenegaraan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan remaja, serta menjadikan pelajar sebagai ejen dalam penyebaran maklumat yang positif dan berkesan kepada rakan sebaya.
 
Antara pengisian program ialah Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Hisyam bin Idris selaku Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan.
 
Beliau dalam taklimatnya antara lain menerangkan mengenai sejarah Bendera Negara Brunei Darussalam, di mana bendera negara mula direka bentuk pada tahun 1906, manakala lambang kerajaan berbentuk panji-panji berwarna merah ditambah pada bendera pada tahun 1959.
 
Selain itu, beliau juga menjelaskan mengenai latar belakang warna bendera; bendera rasmi peribadi dan orang-orang yang dikurniakan gelaran serta bendera jabatan kerajaan yang berpakaian seragam; bentuk panji-panji Negara Brunei Darussalam, juga ukuran standard dan cara mengibarkan bendera negara.
 
Program turut diserikan dengan persembahan tarian asli oleh para pelajar sekolah berkenaan yang disusuli dengan Lawak Jenaka dan Kuiz Kenegaraan oleh Dayang Hajah Kasumawati binti Haji Buntar dan Awang Haji Mohd. Firdaus bin Haji Salleh.
 
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Guru Sekolah Menengah NLP, Dayang Rosalinda binti Abdullah kepada para pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz.


Attachments
Created at 18/03/2020 03:27 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 18/03/2020 03:27 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin