Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Taklimat pupuk semangat kenegaraan

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

TEMBURONG, Isnin, 15 Februari. - Setiap cetakan potret dan gambar yang memaparkan raja kita iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja baginda adalah sewajarnya disimpan secara teratur dan di tempat yang bersesuaian.

Perkara tersebut antara yang ditekankan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris semasa memberikan Taklimat Kenegaraan yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Belalong, hari ini, di sini.

Selain itu, Dayang Hajah Noorhijrah turut menekankan mengenai cara penyimpanan bendera yang juga merupakan identiti negara dan seharusnya rakyat perlu menyimpannya dalam tempat yang bersesuaian tanpa merosakkan bendera tersebut.

Sehubungan itu, Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) sebagai usaha berterusan dalam menyemai cinta terhadap raja, bangsa dan negara.

Seramai 136 orang pelajar Tahun 7 Sekolah Menengah Sultan Hassan mengikuti taklimat tersebut. Juga hadir, Pemangku Pengetua, Awang Helmy bin Haji Abd. Rahman serta sebahagian tenaga pengajar sekolah.

Inti pati taklimat antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan' dengan lebih terperinci. Setentunya dengan adanya program seumpama ini diharap akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi khususnya dalam diri pelajar.

Taklimat itu juga diselitkan dengan video-video klip dan animasi 'Kibarkanlah dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

BERITA15022021-02.jpg

BERITA15022021-01.jpg

Attachments
Created at 27/02/2021 08:55 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 27/02/2021 08:55 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim