Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Kukuhkan semangat solidariti, patriotik, kenegaraan penuntut

‚ÄčOleh : Marlinawaty Hussin \ Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas


TEMBURONG, Sabtu, 27 Februari. - Seramai 59 penuntut Tahun 5 hingga Tahun 8, Sekolah Arab Temburong, menghadiri Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam'.


Program anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik itu diadakan di dewan sekolah berkenaan.


Taklimat kenegaraan disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.


Beliau dalam taklimatnya, antara lain menyentuh mengenai Raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.


Beliau turut menerangkan mengenai bentuk dan huraian panji-panji juga sejarah bendera NBD.


Para penuntut, seterusnya menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara'.


Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan, yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.


Program tersebut merupakan salah satu usaha Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.


Program ini dihasrat akan dapat mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri para penuntut.


INFODEPT12-8.jpg

INFODEPT12-9.jpg




Attachments
Created at 02/03/2021 08:38 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 02/03/2021 08:41 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin