Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Suntik semangat patriotisme

‚ÄčSiaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

KILANAS, Isnin, 8 Mac. - Seramai 195 orang penuntut Tahun 7 dari Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Kilanas menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bertempat di dewan sekolah tersebut, hari ini, di sini.

Antara yang menghadiri program tersebut, Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Dayang Haryani binti Haji Mohammad dan tenaga pengajar.

Program anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik, merupakan sebagai salah satu usaha berterusan jabatan tersebut dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Melalui program tersebut, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Sesi Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, yang antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Dalam program tersebut, para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

BERITA01-001.jpg

BERITA01-002.jpg


Attachments
Created at 13/03/2021 09:57 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 13/03/2021 09:57 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim