Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Mengukuhkan semangat solidariti

‚ÄčBerita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

KUALA BELAIT, Selasa, 30 Mac. - Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera Dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam merupakan sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Program berkenaan berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Mumong yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik.

Hadir pada program itu, Timbalan Pengetua Pentadbir, Dayang Hajah Jumimah Haji Jumat dan tenaga pengajar.

Seramai 130 penuntut Tahun 7  mendengarkan Taklimat Kenegaraan yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

Taklimat beliau antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Dalam program tersebut, para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara'. 'Semarak Pengibaran Bendera Negara dan Video Animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Bendera merupakan simbol kebesaran dan kedaulatan sesebuah negara. Justeru itu, mengibarkannya adalah dituntut kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk sebagai menzahirkan rasa cinta dan ketaatan kepada raja dan negara.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan.

Program seumpama itu dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

BERITA 1A.jpeg

BERITA 1B.jpeg

Attachments
Created at 13/04/2021 08:34 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 13/04/2021 08:34 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim