Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMoU Brunei Darussalam dan Malaysia

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERJASAMA DALAM BIDANG PENYIARAN DAN PENERANGAN DI ANTARA

KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KERAJAAN MALAYSIA

Memorandum Persefahaman Kerjasama Dalam Bidang Penerangan dan Penyiaran di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia telah ditandatangani pada 14 Februari 1992. Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, manakala Yang Berhormat Dato Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia menandatangani bagi pihak Kerajaan Malaysia

Memorandum Persefahaman Di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia mengenai kerjasama dibidang penerangan dan penyiaran meliputi perkara-perkara berikut:

  1. Pertukaran Rancangan Radio
    Dalam perkara ini kedua-dua belah pihak telah bersetuju mengadakan pertukaran pita atau keset yang berisi muzik dan lagu-lagu serta bahan-bahan siaran lainnya; mengadakan pertukaran skrip-skrip dan bahan-bahan siaran mengenai kehidupan budaya bangsa termasuk berita, agama, hiburan, sukan, drama dan kebudayaan serta pembangunan di negara masing-masing dan juga mengadakan pertukaran bahan-bahan rancangan khusus untuk disiarkan pada hari peringatan atau hari bersejarah termasuk Hari Kebangsaan kedua-dua negara serta mengadakan siaran dan penerbitan radio bersama seperti lagu-lagu permintaan dan berbalas-balas pantun.
     
  2. Pertukaran Rancangan Televisyen 
    Pertukaran Rancangan Televisyen meliputi pertukaran filem, video dan rancangan siaran televisyen tentang pembangunan, ekonomi, budaya dan sosial di kedua-dua negara; mengadakan pertukaran rancangan televisyen yang merangkumi berita, agama, hiburan, sukan, drama, dan kebudayaan di negara masing-masing dan mengadakan pertukaran bahan-bahan siaran yang lain; mengadakan siaran dan penerbitan televisyen bersama-sama secara berkala seperti drama, dokumentari, hiburan, sukan dan kebudayaan.
     
  3. Perkhidmatan Penerangan Kerajaan
    Perkara ini meliputi pertukaran bahan-bahan penerbitan, bahan-bahan pameran, filem-filem dokumentari atau bahan-bahan lain, serta menggunakan bahan-bahan yang tersebut sebagai bahan penerangan mengikut kebijaksanaan dan keperluan masing-masing.
      
  4. Akhbar dan Penerbitan
    Mengadakan pertukaran bahan-bahan penerbitan dan akhbar serta mengalakkan media cetak di negara masing-masing untuk memuatkan berita yang berasal dari sumber-sumber rasmi negara masing-masing.
  5. Filem dan Video
    Dalam bidang ini kedua pihak bersetuju untuk mengadakan pertukaran filem-filem dan video dokumentari ceraka dan lain-lain untuk faedah dan kepentingan bersama disamping berkerjasama dalam penerbitan filem-filem dan video.
     
  6. Pertukaran, Lawatan dan Penempatan
    Kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengadakan pertukaran lawatan dan penempatan bagi para penyiar serta para artis radio dan televisyen, dramatis, termasuk pegawai-pegawai penerangan dan penyiaran.
     
  7. Pendidikan/Latihan dan Penyelidikan
    Bagi meningkatkan bidang kemahiran dan kepakaran, kedua belah pihak bersetuju mengadakan pertukaran tenaga pengajar radio dan televisyen serta penerangan di negara masing-masing; menjalankan pendidikan tenaga pengajar radio dan televisyen serta penerangan (training of Trainers) misalnya latihan di Institut Pennyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) di Kuala Lumpur serta mengadakan pertukaran hasil penyelidikan pengalaman mengenai perkembangan teknologi komunikasi dan maslaah penerbitan filem, video dan media massa di stesyen radio/televisyen negara masing-masing.
    Dengan termetrainya Memorandum Persefahaman ini dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi hubungan yang sudah terjalin di anatar kedua negara di bidang penerangan dan penyiaran serta meningkatkan lagi hubungan persahabatan, persefahaman dan pengetahuan di antara rakyat dan penduduk kedua buah negara.
    Perlaksanaan program kerjasama bidang penerangan
    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakit Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bertukar-tukar nota Memorandum Persefahaman Dalam Bidang Penerangan dan Penyiaran dengan Yang Berhormat Dato Mohamed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia.