Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMoU Brunei Darussalam dan Republik Singapura

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN MENGENAI KERJASAMA DALAM BIDANG PENYIARAN DAN PENERANGAN DI ANTARA

KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN 

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KERAJAAN REPUBLIK SINGAPURA

Pengenalan

Merujuk kepada Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan  Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Singapura mengenai kerjasama dalam bidang Penyiaran yang telah ditandatangani pada 6hb Oktober 1990.

MoU ini telah diperbaharui dan ditandatangani oleh Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri Komunikasi dan Informasi bagi Kerajaan Republik Singapura pada 22hb April 2014.

Dalam melaksanakan MoU ini, Jawatankuasa Teknikal Bersama telah mengadakan mesyuarat Ke-26 di Negara Brunei Darussalam dari 25hb - 26hb November 2016.

Jawatankuasa teknikal terdiri daripada wakil-wakil dari negara masing-masing berjumpa sekurang-kurangnya sekali setahun berselang-seli antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura bagi melaksanakan Memorandum ini.

Pelaksanaan projek di bawah Memorandum ini adalah dalam bidang:

▪ Rancangan Televisyen

▪ Program Radio

▪ Berita dan Hal Ehwal Semasa

▪ Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan

▪ Penyiaran Digital dan Media Baru (Baharu)

▪ Kerjasama Maklumat dan Pertukaran (Kerjasama dan Pertukaran Maklumat)

Mengkaji (kajian) semula dan perbincangan tentang projek-projek MoU:

Kerjasama Televisyen

-Xpedisi Siswa

-GRID

-Drama

-Rapsodi

-Berita dan Hal Ehwal Semasa

Kerjasama Radio

-Program Radio Umum

-Drama

-Pantun

-Jalinan Mesra

-Pelangi Ria Muzik Mash

-Salam Mesra

Kerjasama Teknikal, Cadangan Baharu dan Kajian lain mengenai terbitan bersama

-Mesyuarat JTC

-Rapsodi

-Drama

-GRID dan Xpedisi Siswa (Program Pemuda)