Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
192 orang murid hadiri Taklimat Kenegaraan

(BERITA02)INFODEPT10-003.jpg

(BERITA02)INFODEPT10-010.jpg

​Siaran Akhbar: Jabatan Penerangan / Foto : Azmah Haji Ahad
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 18 Februari. – Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Muara menjadi tumpuan taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera Dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan.
 
Taklimat dihadiri oleh tenaga pengajar sekolah berkenaan dan juga seramai 192 orang murid yang terdiri daripada murid darjah Pra hingga Tahun 6.
 
Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap Raja, Agama, Bangsa dan Negara.
 
Di samping itu, mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui cintakan Raja, Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan.
 
Antara pengisian program ialah Taklimat Kenegaraan yang disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa.
 
Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai Raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.
 
Program juga diselajurkan dengan tayangan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.
 
Para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan.


Attachments
Created at 26/02/2020 02:38 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 04/10/2021 02:11 PM by Hafizzudin Bin Abu Bakar