Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Hormati bendera simbol identiti Negara

‚Äč0d9f9d31-de43-4fdd-af2a-2c6347b6aa2d.JPG

d7fa7664-5ae7-4636-b601-3dc0dfdbb42d.JPG

e39f54d2-8e8e-4ea3-80e5-7db9d5766e00.JPG

Oleh : Muhammad Akmal Haji Ali / Foto : Ah Chua Bangau
 
TEMBURONG, Selasa, 25 Februari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan hari ini mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara' di Dewan Sekolah Arab, Pekan Bangar, Daerah Temburong.
 
Hadir pada majlis berkenaan ialah Guru-guru kanan Sekolah Arab Temburong, Pelajar-pelajar Tahun 7 Sekolah Arab Temburong, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Penerangan dan Pihak Media.
 
Program berkenaan disasarkan kepada Pelajar tahun 7 Sekolah Arab Temburong.
 
Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai .
 
Acara diteruskan dengan Taklimat Kenegaraan 'Raja kita, Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan' yang disampaikan oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Muhd Halime bin Haji Tajudin.
 
Acara seterusnya ialah menyaksikan tayangan Video Klip terbitan Jabatan Penerangan bertajuk 'Kibarkan Bendera Negara Dengan Megah' dan diteruskan dengan Segmen Kuiz Kenegaraan.
 
Acara diakhiri dengan Penyampaian Sijil Penghargaan dari Jabatan Penerangan kepada Guru Kanan Kewangan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong, Awang Khairul Faisal Ismail.
 
Objektif Taklimat Kenegaraan ini ialah untuk mengoptimakan penghayatan dan pemahaman khususnya dalam kalangan para penuntut-penuntut terhadap Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara ke arah kesedaran hidup berbangsa, beragama berdasarkan falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB).
 
Selain itu, taklimat tersebut juga dihasratkan dapat menyemai perasaan cintakan bangsa, agama, raja dan negara.


Attachments
Created at 02/03/2020 08:29 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 02/03/2020 08:29 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin