Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar

INFODEPT12-4.jpg

INFODEPT12-2.jpg

​Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Februari. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.
 
Seramai 144 orang pelajar dari Tahun 7 telah menghadiri taklimat tersebut yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan selaku Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris.
 
Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.
 
Taklimat yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan turut memberikan peluang kepada para pelajar untuk menyaksikan tayangan klip video yang bertajuk 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi mengenai tatacara menaikkan bendera negara dengan betul.
 
Taklimat Kenegaraan ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai rasa cinta terhadap Raja, Agama, Bangsa dan juga Negara. Selain itu, ia juga bermatlamat untuk mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri pelajar melalui cintakan raja, bendera negara dan lagu kebangsaan.
 
Dalam memeriahkan lagi taklimat, para pelajar juga berpeluang untuk mengikuti aktiviti Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang telah berjaya menjawab kuiz kenegaraan. 


Attachments
Created at 02/03/2020 08:31 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 02/03/2020 08:31 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin