Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Menghayati peranan utama penubuhan ASEAN

(BERITA01)INFODEPT12-9.jpg

(BERITA01)INFODEPT12-2.jpg

​Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Ak Mohammad Aminol Adi Azraie Pg Haji Nikman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Februari. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN bertempat di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

 

Seramai 890 orang pelajar telah menghadiri jerayawara ini yang berlangsung di Dewan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Turut hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi jerayawara ialah Pengetua Sekolah, Dayang Susilawati binti Dato Paduka Haji Muhammad dan beberapa orang tenaga pengajar sekolah berkenaan.

 

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan penuntut-penuntut dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, dalam masa yang sama, ia juga berperanan penting dalam mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya untuk pelajar-pelajar di Negara Brunei Darussalam.

 

Taklimat Kenali Negara ASEAN ini bertujuan untuk memberigakan serta membuat pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada penuntut-penuntut sekolah menengah di negara ini kerana mereka adalah golongan belia yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya berperanan penting dalam memangkin hala tuju negara ini.

 

Selain itu, jerayawara ini dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan penuntut-penuntut sekolah mengenai ASEAN selain untuk mengenal pasti sejauh mana para penuntut mengetahui tentang ASEAN dan peranan organisasi ini dalam membangun negara-negara anggotanya. Taklimat ini juga dapat menanamkan kesedaran dan rasa milik di kalangan para penuntut sekolah sebagai satu masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. (One Vision, One Identity, One Community).

 

Terdahulu, acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan dan lagu tema ASEAN 'The ASEAN Way'. Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penerangan selaku Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris.

 

Para pelajar juga berpeluang untuk menyaksikan tayangan klip video mengenai ASEAN dan diikuti dengan Kuiz ASEAN yang dikendalikan oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Nur-Effa Ryina binti Pengiran Haji Hamdani.

 

Seramai 10 orang penuntut berjaya menjawab Kuiz Kenali ASEAN dan menerima hadiah masing-masing. Selain itu, jerayawara ini juga turut mempromosikan aplikasi mudah alih 'We ASEAN'. Aplikasi ini antaranya mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara ahli ASEAN (ASEAN Member States) Kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video. Aplikasi ini merupakan salah satu projek di bawah Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI. Ianya boleh dimuat turun melalui Google Play bagi pengguna Android and App Store bagi pengguna iOS.


Attachments
Created at 17/03/2020 10:59 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 17/03/2020 10:59 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin