Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Semai semangat cintakan negara

‚ÄčINFODEPT12-1.jpg

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 Mac. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan kali ini mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

 

Seramai 275 penuntut Tahun 7 sekolah berkenaan menghadiri program tersebut dan juga tenaga pengajar sekolah tersebut.

 

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara; mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui cintakan raja, bendera negara dan lagu kebangsaan.

 

Antara pengisian program ialah Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris, selaku Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan.

 

Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, Tatacara Menaik-kibarkan Bendera Negara dan Sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

 

Diikuti dengan menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

 

Para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

 

‚ÄčTaklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan.


Attachments
Created at 18/03/2020 02:54 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 18/03/2020 02:54 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin