Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Semangat kenegaraan terus disemai

INFODEPT10-004.jpg

INFODEPT10-006.jpg

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Azmah Haji Ahad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 Mac. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Sekolah Menengah Katok. 

 

Seramai 89 orang pelajar dari Tahun 7 telah menghadiri taklimat tersebut yang diadakan di bilik persidangan sekolah berkenaan. Turut hadir bagi sama-sama memeriahkan lagi taklimat tersebut ialah Pengetua Sekolah, Dayang Penroose Saleha binti Haji Mohd Salleh dan Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Hajah Siti binti Pungut. 

 

Taklimat Kenegaraan tersebut disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penerangan selaku Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris. Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara yang betul untuk mengibarkan bendera dan sejarah lagu kebangsaan Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan lebih terperinci.

 

Program ini merupakan salah satu usaha yang berterusan Jabatan Penerangan dalam sama-sama menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan juga negara. Selain itu, program ini berperanan penting dalam memperkukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut melalui cintakan raja, bendera negara dan juga lagu kebangsaan.

 

Dalam program berkenaan, para pelajar berpeluang untuk menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan tayangan video animasi tentang bagaimana cara menaikkan bendera negara dengan betul.

 

Bagi menceriakan lagi suasana program, para pelajar juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan.


Attachments
Created at 18/03/2020 03:19 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 18/03/2020 03:19 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin