Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Mendekati masyarakat dalam Program Sua Muka

(BERITA02)INFODEPT12-7.jpg

(BERITA02)INFODEPT12-8.jpg

​Oleh : Dk Vivy Malessa Pg Ibrahim / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
 
TUTONG, Selasa, 10 Mac. – Dalam usaha untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan dan rakyat serta ke arah menyebarluaskan sikap pemedulian pihak kerajaan terhadap masyarakat, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong telah mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Keriam bertempat di Balai Raya, Kampung Keriam, Mukim Keriam, Daerah Tutong.
 
Mengetuai rombongan ialah Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, selaku Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Awang Yahya.
 
Program Sua Muka tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Keriam, Awang Ahanapi bin Haji Mahadi, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Penerangan serta Ahli Majlis Perundingan Kampung Keriam.
 
Program Sua Muka ini dilaksanakan lima hingga enam kali dalam sebulan dan 60 kali pada satu tahun bagi Daerah Brunei dan Muara manakala bagi Daerah Belait, diadakan sebanyak 11 kali dalam satu tahun dan bagi Daerah Tutong, sebanyak enam kali dalam satu tahun.
 
Bagi Daerah Temburong pula diadakan sebanyak lima kali dalam satu tahun. Kesemua isu-isu yang diterima dalam Program Sua Muka akan disampaikan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk makluman dan tindakan mereka masing-masing.


Attachments
Created at 18/03/2020 03:29 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 18/03/2020 03:29 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin