Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahli MMN bermuzakarah bersama Jabatan Penerangan

‚ÄčOleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman 

 BERAKAS, Rabu, 6 Januari. - Rombongan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) mengadakan Sesi Muzakarah bersama Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertempat di Bilik Persidangan Tingkat 2, Jabatan Penerangan, di sini.

Sesi Muzakarah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

Taklimat antara lain mengongsikan peranan Jabatan Penerangan, iaitu dengan memberitakan perjalanan usaha-usaha kerajaan dari satu masa ke satu masa mengenai kemajuan negara dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan oleh penduduk negara melalui Pelita Brunei.

Awang Haji Shahrul Jeffri juga menerangkan peranan Jabatan Penerangan dalam memastikan pertukaran maklumat secara strategik bagi menyuntik patriotisme dan memasyarakatkan maklumat rasmi agar tepat, cepat dan sahih; memudah cara media rasmi kerajaan dan menyelaras rantaian perhubungan awam kerajaan; dan memantau dan mengawal selia media.

Acara diikuti dengan Sesi Muzakarah yang diketuai oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Sesi tersebut merupakan wadah perkongsian wawasan, hasrat dan aspirasi bersama menggarap kepentingan, nilai faedah bagi Negara Brunei Darussalam dan rakyat serta penduduk yang bernaung di bawah daulat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Perjumpaan itu juga merupakan cermin persefahaman, permuafakatan dan hubungan kerjasama yang mantap antara pihak kerajaan dengan rakyat dan penduduk di negara ini, dan antara Jabatan Penerangan juga Ahli-ahli MMN yang sentiasa terjalin erat dan mesra.

Perbincangan yang diadakan dalam suasana silaturahim, muhibah dan secara terbuka itu adalah bagi berkongsi idea, maklumat, isu, pandangan dan cadangan yang boleh diangkat ke Dewan MMN nanti untuk dijadikan wacana permuzakarahan yang bermanfaat bagi kemajuan dan keamanan negara serta kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan penduduk negara ini.

Lawatan kerja Ahli-ahli Yang Berhormat MMN itu diakhiri dengan Sesi Lawatan ke Bahagian Komunikasi Strategik, Bahagian Pelita Brunei dan Pusat Rujukan.

BERITA02A.jpg

BERITA02B.jpg


BERITA02C.jpg


Attachments
Created at 27/01/2021 09:39 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 27/01/2021 09:50 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim