Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Semai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara

‚ÄčBerita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

KUALA BELAIT, Selasa, 12 Januari. - Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dihasrat dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Program tersebut merupakan sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Sehubungan itu, taklimat tersebut berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Perdana Wazir (SMPW), Kuala Belait disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Jabatan Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa.

Taklimat antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Seramai 71 penuntut dari Tahun 7 bersama tenaga pengajar SMPW menghadiri taklimat berkenaan.

Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

BERITA03A.jpg

BERITA03B.jpg


Attachments
Created at 27/01/2021 09:54 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 03/02/2021 11:05 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim