Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Menyemai semangat patriotisme

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

TUTONG, Isnin, 18 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik terus aktif menyemai semangat patriotisme, khususnya dalam kalangan penuntut-penuntut sekolah untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.

Sehubungan itu, Sekolah Menengah Sayyidina Othman (SMSO), Kampung Bukit Beruang berpeluang mendengarkan taklimat bertajuk 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa.

Seramai 142 penuntut terdiri dari pelajar Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Auditorium sekolah berkenaan.

Antara lain taklimat diadakan adalah mengetahui sejarah awal hidup raja kita, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebelum menaiki takhta sehingga sekarang.

Selain itu, taklimat juga diisikan dengan asal usul penggubahan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan sejarah penciptaan bendera negara, tatacara menaik kibarkan bendera di rumah kediaman, premis perniagaan serta bangunan-bangunan, menyaksikan tayangan video, yang kemudian diakhiri dengan kuiz kenegaraan.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada 10 peserta kuiz ialah Pengetua SMSO, Dayang Rozieana binti Haji Zini.

BERITA04A.JPG

BERITA04B.JPG

Attachments
Created at 27/01/2021 09:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 03/02/2021 11:05 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim