Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Pupuk semangat patriotisme pelajar

‚ÄčBerita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

KUALA BELAIT, Isnin, 25 Januari. - Seramai 105 penuntut Tahun 7 Maktab Anthony Abell, Seria menghadiri taklimat bertajuk 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris sebagai salah satu usaha berterusan untuk menyemai semangat patriotisme khususnya dalam kalangan penuntut-penuntut sekolah dalam menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.

Antara lain yang disampaikan ialah sejarah awal hidup raja kita, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebelum menaiki takhta sehingga sekarang.

Selain itu, taklimat juga diisikan dengan asal usul penggubahan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan sejarah penciptaan bendera negara, tatacara menaik-kibarkan bendera di rumah kediaman, premis perniagaan serta bangunan-bangunan kerajaan dan swasta, dan diakhiri dengan Kuiz Kenegaraan.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada 10 pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Nor Azah binti Haji Marmin.

Turut diadakan ialah pameran dan jualan buku-buku terbitan Jabatan Penerangan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Cawangan Seria.

BERITA06A.JPG

BERITA06B.JPG

BERITA06C.JPG


Attachments
Created at 28/01/2021 11:20 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 03/02/2021 11:04 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim