Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Kukuhkan semangat patriotik

Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

TUTONG, Rabu, 3 Februari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Bilik Sumber Ma'had Islam Brunei, Tutong, hari ini, di sini.

Program merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara dengan hasrat untuk dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Seramai 78 penuntut Tahun 7 menghadiri Taklimat Kenegaraan tersebut yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji ldris, yang antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara' yang turut disertai oleh Pengetua Ma'had Islam Brunei, Pengiran Haji Asnady bin Pengiran Haji Aliuddin dan tenaga pengajar.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang disempurnakan oleh Pengetua Ma'had Islam Brunei.

DSC_6697.JPG

DSC_6655.JPG

Attachments
Created at 04/02/2021 10:59 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 08/02/2021 09:46 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin