Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Semai semangat patriotik pelajar

‚ÄčOleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim \ Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

TUTONG, Sabtu, 6 Februari. - Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Tanjong Maya, hari ini, di sini.

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara dengan hasrat untuk dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Lebih 140 penuntut Tahun 7 menghadiri Taklimat Kenegaraan tersebut yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, yang antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara' yang turut disertai oleh Pengetua sekolah tersebut, Dayang Hajah Norzan binti Haji Meludin dan tenaga-tenaga pengajar.

INFODEPT11-01.jpg

INFODEPT11-04.jpg


Attachments
Created at 08/02/2021 02:00 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 08/02/2021 02:00 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim