Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Memperkukuh semangat kenegaraan

‚ÄčBerita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Februari. - Seramai 326 penuntut Tahun 7 Sekolah Ugama (Arab) Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Katok, menghadiri Taklimat Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik yang berlangsung di Dewan Besar, sekolah berkenaan.

Taklimat bertajuk 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Semarak Pengibaran Bendera Negara', 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', serta video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara' sebelum berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

Turut hadir semasa Taklimat Kenegaraan tersebut ialah Pengetua SUAMPRIPAHS, Dayang Hajah Azizah binti Haji Mohammad dan tenaga-tenaga pengajar.

Program Taklimat Kenegaraan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, selain untuk mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

BERITA11022021-02.JPG

BERITA11022021-01.JPG

Attachments
Created at 27/02/2021 08:52 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 27/02/2021 08:52 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim