Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Konvoi PEMODA semarakkan HK NBD Ke-37

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BERAKAS, Selasa, 23 Februari. - Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, acara Patriotic Ride dianjurkan pada setiap tahun oleh Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA).

Semangat patriotik dan cintakan tanah air merupakan sumbangan persatuan kepada negara tercinta melalui pendekatan berbeza bagi turut sama membarigakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) pada setiap tahun.

Pada tahun ini, konvoi bermula dari Bangunan Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas dan berakhir di kawasan lapang letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, di ibu negara.

Ketibaan rombongan PEMODA dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

Terdahulu, sebelum perjalanan dimulakan, Ahli-ahli PEMODA berkumpul di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan bagi memulakan acara dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan Lagu Patriotik 'Bendera Negara' dimainkan.

Ahli-ahli PEMODA, seterusnya berpeluang untuk mendengarkan Taklimat Kenegaraan, iaitu 'Menghayati Bendera', disampaikan oleh Ketua Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Bahagian Komunikasi dan Strategik, Jabatan Penerangan, Awang Muhammad Khairulhadi bin Haji Muhammad Muhtaddir.

Para ahli persatuan, seterusnya menyaksikan tayangan klip video 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi mengenai 'Tatacara Mengibarkan Bendera'.

Setelah itu, Taklimat Keselamatan Konvoi turut disampaikan oleh Yang Dipertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad yang juga selaku Ketua Konvoi.

Acara kemudian diselajurkan dengan Penyampaian Lencana kepada Ahli-ahli Jawatankuasa baharu bagi Sesi 2020 - 2022, disampaikan oleh mantan Yang Dipertua dan Ahli Kehormat PEMODA, Awang Haji Daud bin Haji Jamil.

Seterusnya, Pelepasan Konvoi disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, di mana seramai 137 peserta memulakan perjalanan mereka dari Jabatan Penerangan menuju ke Pusing Keliling Muara dan memasuki simpang ke Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, kemudian menuju ke Pusing Keliling Labu.

Menurut Yang Dipertua PEMODA ketika ditemu bual, jumlah 137 peserta merupakan simbolik kepada satu persatuan sahaja dan 37 adalah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-37.

Katanya, konvoi tersebut merupakan percubaan bagi mencatat rekod konvoi motosikal terpanjang yang melintasi Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.

Konvoi kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Jalan Kota Batu dan mengakhiri perjalanan di kawasan lapang letak kereta berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja.

Sepanjang perjalanan tersebut, sebanyak 37 buah motosikal berkuasa tinggi membawa Bendera Negara dengan tujuan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan Ahli-ahli PEMODA, yang kebanyakannya terdiri daripada warga belia.

Acara ini akan tersenarai dalam 'The Brunei Book of Record', di mana sebelum ini, PEMODA juga pernah diiktiraf sebagai Persatuan Motosikal yang pertama dan terbesar di NBD oleh 'The Brunei Book of Record'.

Selain itu, PEMODA dan Kelab Motosikal Daerah Tutong (KEKAL) juga pernah menerima pengiktirafan bagi rekod Pulut Panggang Terpanjang di Brunei, iaitu sepanjang 73 kaki yang diadakan, pada 28 Julai 2019, di mana pembuatan pulut panggang tersebut adalah simbolik sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019.

Ketiga-tiga pengiktirafan tersebut dengan rasminya dicatatkan dan diiktiraf oleh 'The Brunei Book of Record'.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Dayang Hajah Zainab binti Haji Morsidi selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Keraian dan Festival Hari Kebangsaan.

BERITA23022021-03.JPG

BERITA23022021-01.JPG

BERITA23022021-02.jpg

Attachments
Created at 27/02/2021 09:00 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 27/02/2021 09:00 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim