Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Suntik semangat solidariti, patriotik dalam jiwa penuntut

Berita dan Foto : Aimi Sani

LAMBAK KANAN, Sabtu, 6 Mac. - Seramai 180 penuntut Tahun 7 dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB) hari ini menghadiri Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD)'.
 
Taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris tersebut berlangsung di dewan sekolah berkenaan dan dihadiri oleh Pengetua SMSAB, Dayang Sia Ai Chin serta para tenaga pengajar.
 
Dalam taklimatnya, Dayang Hajah Noorhijrah antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan Bendera Negara dan sejarah Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.
 
Program dihasrat untuk mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.
 
Program merupakan sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan melalui Bahagian Komunikasi Strategik dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.
 
Dalam program tersebut, para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.
 
Taklimat kemudiannya diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

download (1).jpg
 


Attachments
Created at 09/03/2021 08:38 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 09/03/2021 08:38 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim