Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Semai cinta kepada raja, agama, negara

‚ÄčSiaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Mac. - Seramai 135 orang penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab, Lumapas menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) bertempat di Dewan sekolah berkenaan.

Juga hadir pada program tersebut ialah Pengetua Sekolah, Dayang Sinasuria binti Haji Ibrahim dan tenaga pengajar. Program anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Komunikasi Strategik merupakan sebagai salah satu usaha berterusan jabatan tersebut dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan juga negara.

Antara hasrat program tersebut diadakan ialah agar ia dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut. Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa, yang antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.

Dalam program tersebut para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

 BERITA02-001.jpg

BERITA02-002.jpg

BERITA02-003.jpg


Attachments
Created at 13/03/2021 10:00 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 13/03/2021 10:00 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim