Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerkhidmatan Jabatan

PRODUK & PERKHIDMATAN JABATAN PENERANGAN


i. Perkhidmatan Pembesar Suara (Sistem PA):

Perkhidmatan ini diberikan untuk kegunaan acara-acara rasmi terutama yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan. Sebarang permohonan untuk menggunakan perkhidmatan ini bolehlah menghantar emel ke pr@information.gov.bn

 

ii. Pusat Rujukan Penerangan:

Jabatan Penerangan pada awalnya mempunyai Mini Perpustakaan Rujukan Jabatan Penerangan ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai pusat menyimpan dokumen serta rujukan bagi kegunaan para pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. Ia mula dibukakan secara rasmi bagi tujuan rujukan dan penyelidikan kepada orang ramai khususnya para penyelidik dan penuntut-penuntut bermula pada bulan Februari tahun 1993.

 

Pengubahsuaian telah dilaksanakan pada hujung tahun 2018, dan dinamakan sebagai Pusat Rujukan Penerangan yang ditempatkan di Tingkat 2, Bangunan Asal, Jabatan Penerangan. Pada 14 Januari 2019, Pusat Rujukan Penerangan telah  dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd.Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Pusat Rujukan Penerangan tersebut kebanyakannya menyediakan dokumen, bahan-bahan rujukan dan sumber maklumat yang berkaitan dengan hal Ehwal Negara Brunei Darussalam, di samping itu juga, negara-negara lain dalam bentuk media cetak.


Usaha ini adalah bersesuaian dengan tugas dan fungsi Jabatan Penerangan untuk memberi dan menyebarluaskan maklumat-maklumat dan penerangan yang berhubung dengan perkembangan isu-isu semasa dan juga matlamat dan dasar-dasar kerajaan dan negara seperti dalam peranan utama Jabatan Penerangan, iaitu salah satunya sebagai lidah dan telinga kerajaan. Di samping berperanan dalam menyampaikan maklumat dan berita mengenai dasar, aktiviti dan program kerajaan dan juga mendengar isi-isu dan concerns orang ramai dan memahami agenda media massa serta memupuk dan memelihara semangat cintakan raja dan negara.


Koleksi

Pusat Rujukan Penerangan mempunyai terdapat pelbagai koleksi khas seperti terbitan Jabatan Penerangan yang berbentuk buku, majalah dan juga akhbar rasmi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Pelita Brunei secara berjilid; Koleksi Titah-Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semenjak tahun 1987, Buku-buku sempena Lawatan Negara (Lawatan Rasmi Kebawah DYMM ke luar Negara), Tetamu Negara (Lawatan Rasmi Pembesar-Pembesar Luar Negara ke Negara Brunei Darussalam), Hasrat Negara (Titah-Titah Kebawah DYMM dan sembah ucapan Sempena Hari Puja Usia Baginda), Haluan (Sabda dan ucapan Menteri-Menteri Kabinet Negara Brunei Darussalam), Laporan Tahunan berbahasa Melayu dan Inggeris, Koleksi Akhbar Pelita Brunei sejak tahun 1954, Brunei Darussalam Newsletter, buku yang memaparkan perkembangan keempat-empat daerah di negara ini. Begitu juga poster-poster dan buku-buku ihsan dari kementeriankementerian dan jabatan-jabatan Negara Brunei Darussalam dan ihsan dari pejabat suruhanjaya-suruhanjaya tinggi dan kedutaan negara-negara sahabat ke Negara Brunei Darussalam dan orang awam.


Bagi sesiapa yang berhasrat untuk membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Rujukan Penerangan Jabatan Penerangan ini adalah dialu-alukan dan bolehlah memohon secara bertulis atau pun datang pada hari-hari bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.



iii. Permintaan Gambar-Gambar: 


Galeri Infofoto:  Galeri ini boleh dilayari di alamat www.infofoto.gov.bn Ianya menempatkan gambar-gambar bagi acara-acara negara terutama yang melibatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja.


Jika awda berhasrat untuk mendapatkan gambar-gambar yang terdapat di laman sesawang ini bolehlah mengunjungi Unit Fotografi dan mengisikan borang yang disediakan. Borang tersebut bolehlah dimuat turun dari laman sesawang jabatan.


Selain itu jabatan ini juga menerima permohonan terutama dari agensi-agensi kerajaan untuk membuat liputan penggambaran bagi acara-acara atau majlis tertentu seperti acara di peringkat negara.



iv. Liputan Berita:


Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan liputan berita dan gambar melalui akhbar Pelita Brunei.


Agensi-agensi kerajaan, swasta atau orang ramai yang berhasrat untuk mendapatkan liputan bolehlah menghubungi jabatan ini melalui emel pr@information.gov.bn atau pelita.brunei@information.gov.bn atau faks ke  +673 2 382242.


v. Akreditasi Media: Media yang membuat liputan di negara ini hendaklah memohon pas akreditasi media dari jabatan ini. Borang permohonan bolehlah dimuat turun dari laman sesawang jabatan dan diemelkan ke mediaservices@information.gov.bn